Step-by-step guide to redeem your RM100 SARA assistance using MyKad
Proses penebusan SARA sangat mudah dan menggunakan sistem cashless melalui MyKad. Ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus bantuan anda:
Pilih barangan berdasarkan 14 kategori yang mempunyai label SARA dan MyKasih di rak tanda harga.
Juruwang akan menyemak status MyKad anda untuk pengesahan kelayakan.
Tukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
Masukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian dan baki yang tinggal.
Lebih 90,000 barangan dalam 14 kategori yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA.